Struggle Kod S/S
Bukan bermaksud Perjuangan Sabah/Sarawak tapi Perjuangan Sesat/Songsang
![]() |
| SSS002 - Karya agung yang dihasilkan oleh pihak-pihak tertentu untuk dijajah kepada rakyat Sabah demi untuk mengejar impian peribadi |
![]() |
SSS002 - Satu lagi masterpiece atau karya agung pihak tertentu yang secara langsung memperlekehkan Rukun Negara dan mencabar keluhuran Perlembagaan Negara |
Melihat pada gambarajah di atas, kita merasa sungguh terpanggil sekali untuk memberi tabik hormat tidak terhingga kepada siapa saja yang terlibat kerana sanggup memeningkan kepala dan membuang masa untuk menghasilkan satu ilusi konsep dan struktur Federasi Negara Malaysia yang mereka fikir adalah yang sebenar dan sepatutnya. Tidaklah diketahui sumber ilusi ini. Namun kita biarkanlah ia menjadi misteri alam sepanjang zaman.
Buat apalah mahu memeningkan kepala sedangkan sebenarnya, struktur dan kedudukan Sabah dalam Federasi Malaysia sudahpun ditentukan awal-awal lagi dan ianya dinyatakan dengan cukup ringkas dan jelas dalam dokumen-dokumen yang menjadi asas dalam pembentukan Negara Malaysia?
Perkara yang cukup ringkas dan straightforward tidak perlulah dirumitkan. Sekali imbas sahaja pada perkataan yang digunakan serta aturcara ayat disusun, sekali itu juga akan difahami konsep dan struktur Federasi Negara Malaysia.
Perkara ini dinyatakan dengan ringkas, jelas, dan direct sebagaimana ianya dipetik daripada dokumen-dokumen berkenaan:

Perjanjian Malaysia 1963 aka MA63
Artikel I Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatangani di London pada 9hb Julai 1963 mengesahkan kedudukan Sabah dalam Malaysia. Ia menyebut (terjemahan):,
"Koloni Borneo Utara dan Koloni Sarawak dan Singapura akan disekutukan dengan Negeri-Negeri Persekutuan Malaya...akan dikenali sebagai Malaysia selepas ini"
"Koloni Borneo Utara dan Koloni Sarawak dan Singapura akan disekutukan dengan Negeri-Negeri Persekutuan Malaya...akan dikenali sebagai Malaysia selepas ini"
Perjanjian Malaysia 1963 aka MA63
Lampiran A, Seksyen 4, Bahagian II (Negeri-Negeri Persekutuan) menyebut (terjemahan):
"...bahawa Persekutuan ini akan dikenali dengan nama Malaysia dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Negeri-Negeri Persekutuan ialah - (a) negeri-negeri dalam Malaya, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Selangor, dan Terengganu; dan (b) Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak; dan (c) Singapura.

Pengisytiharan Malaysia
Perenggan terakhir Pengisytiharan Malaysia (yang dibaca Donald Stephens pada pagi 16 September 1963) menyebut (terjemahan):
"...bahawa Malaysia merangkumi Negeri Pahang, Terengganu, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Melaka, Singapur, Sabah, dan Sarawak akan selama-lamanya menjadi Negara bebas dan berdaulat selepas dibentuk atas dasar kebebasan dan keadilan, dengan izin Tuhan Pencipta Seluruh Alam,"

Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan
Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang ditubuhkan bagi merangka aturan Perlembagaan Malaysia, jelas menyatakan kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada Persekutuan menerusi perincian 10 Bab II (Pembentukan Persekutuan Malaysia) (terjemahan):
"Persekutuan ini merangkumi Negeri sedia ada dalam Persekutuan Malaya, Sabah (ketika ini dikenali sebagai Borneo Utara), Sarawak, dan Singapura. Persekutuan ini dikenali sebagai
Akta Malaysia 1963,
Seksyen 1, Sub(1)(terjemahan):
"Bagi maksud untuk membolehkan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura (dalam Akta ini dirujuk sebagai "Negeri negeri baru") disekutukan dengan negeri-negeri sedia ada dalam Persekutuan Malaya (Dalam Akta ini disebut sebagai "Persekutuan"), Persekutuan selepas itu akan dipanggil Malaysia pada hari dimana Negeri iNegeri baru itu disekutukan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini..."
Jelas dan nyata bukan?
Seperkara lagi yang berbaloi untuk direnungkan di sini ialah pada masa Singapura memilih untuk keluar dari Persekutuan atas dasar persetujuan bersama dengan Kerajaan Malaysia pada tahun 1965, Donald Stephen (Tun Fuad Stephens) adalah antara orang yang paling bising kerana tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan Persekutuan membolehkan pemisahan Singapura tanpa konsultasi dengan Negeri Sabah, yang mana beliau percaya sepatutnya dilakukan. Bapa pembentukan Malaysia dan Perdana Menteri pada masa itu, Tunku Abdul Rahman dalam kenyataan akhbar Strait Times 21 Ogos 1965 menegaskan (terjemahan):
"Sabah dan Sarawak tiada bezanya dengan negeri-negeri lain, dan semua ketua menteri di negeri-negeri lain ini juga telah dimaklumkan kemudian."
Jika objektif perjuangan ini memang direncanakan oleh jeneralnya untuk dicapai dengan tidak berpandukan fakta dan kebenaran, maka teruskanlah mengabai segala fakta dan kebenaran yang termaktub dalam setiap dokumen legal yang telah menjadi asas kepada pembentukan Federasi Malaysia;yang telah menjadi pengikat rasmi entiti-entiti yang menyokong konsep dan membentuk struktur Federasi Malaysia selama ini, dan yang telah menjadi pelindung keramat kepada kemerdekaan, kebebasan, dan kedaulatan negara selama ini.
Tapi jika perjuangan ini direncanakan oleh jeneralnya untuk dicapai berdasarkan fakta dan kebenaran, maka perjuangan itu haruslah diselaraskan sewajarnya dengan fakta dan kebenaran itu dan bukannya mengubahsuai fakta dan kebenaran agar selaras dengan perjuangan yang dicanang.
Sekian dan terima kasih daun keladi.