Friday, December 13, 2013

Bahagian I: Benarkah Hak dan Kepentingan Rakyat Sabah Terlindung Dalam 20P?

Perjalanan Menuju Malaysia: Siri Kupas Sampai Tulang

Apakah idea 20 Perkara ini datang dari pemimpin-pemimpin USNO, UNKO, PASOK, ETC?


Peringatan: Bukan untuk individu-individu yang baru mendengar atau belajar mengenai 20P semalam.


Bertentangan dengan pendapat dan laungan segelintir pemimpin Sabah yang bijak pandai dan berlatar-belakangkan pendidikan yang tinggi melangit, 20P adalah hasil rekomendasi Suruhanjaya Cobbold dari tinjauan mereka keatas Negeri-Negeri Borneo pada tahun 1962 dan bukannya hasil usaha dan idea daripada pemimpin-pemimpin Sabah dan parti-parti politik seperti USNO, UNKO, PASOK, Etc.

Bukti yang jelas dan kukuh boleh didapati dalam laporan yang menyimpulkan misi tinjauan mereka di negeri2 Borneo tersebut.

...dan kita akan lihat perkara-perkara yang terlibat mengikut aturan susunan ianya diberikan rekomendasi oleh Suruhanjaya Cobbold dalam laporannya:


1. Perkara 3: Perlembagaan 


"Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri- negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan"


(i) Pada bab 4, Subseksyen A, Perenggan 148 Sub(b) ada menyebut (sebahagian terjemahan kadar lebih kurang):

"Ramai saksi telah datang di hadapan kami dengan hujah bahawa satu perlembagaan serba baru untuk dijadikan Perlembagaan Persekutuan seharusnya dibuat. Namun komplikasi yang terlibat dalam membuat satu Perlembagaan Persekutuan yang serba baru membuat cadangan ini tidak praktikal..."

Suruhanjaya Cobbold: Perlembagaan P3/20P

ii) Daripada petikan yang diberi, siapa-siapapun boleh simpulkan tanpa ragu-ragu lagi bahawa Perkara 3 dalam 20P bukan lahir dari idea USNO, UNKO, PASOK, ETC.

(iii) Kemahuan rakyat dan hak untuk Perlembagaan Persekutuan yang serba baru jelas dinafikan oleh Suruhanjaya Cobbold.

(iv) Walaupun ianya cuba juga dipersembahkan sebagaimana ianya diminta oleh rakyat Borneo Utara dalam Perkara 3/20P tetapi tindakan yang diambil seterusnya adalah berdasarkan rekomendasi Suruhanjaya Cobbold. Kegagalan untuk mempunyai satu Perlembagaan Persekutuan yang serba baru adalah hasil rekomendasi Suruhanjaya Cobbold dan bukan angkara Kerajaan Persekutuan seperti yang dipropagandakan oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha mereka untuk mengambil kesempatan diatas ketidaktahuan rakyat. Walaupun Sabah akhirnya mendapat Perlembagaan Negerinya sendiri yang serba baru namun ianya masih tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai "The Supreme Law of The Land".

(v) Setakat ini kita telah ketengahkan dengan jelas bahawa salah satu perkara iaitu Perkara 3 dalam 20P bukanlah hasil idea pemimpin-pemimpin USNO, UNKO, PASOK, Etc. Berdasarkan catatan berkenaannya dalam laporan Suruhanjaya Cobbold, jelas terbukti bahawa ianya bukanlah juga penunaian 100% kepada kemahuan rakyat Sabah dalam respek Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Bagaimana dengan perkara-perkara lain? OTW - Bahagian II: Perkara 4: Ketua Persekutuan. Adakah ianya idea pemimpin-pemimpin USNO, UNKO, PASOK, ETC? Adakah ianya pelindung kepada hak dan kepentingan rakyat Negeri Sabah? Kita tunggu dan lihat.

Stay tuned...



No comments:

Post a Comment